BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 18 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

SEBELUM AKU BALIK NI...AKU NAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA...MAAF ZAHIR BATIN.AKU NAK BALIK DAH NI...BYE...

Wednesday, 16 September 2009

Pantasnya masa berlalu....

Aku macam tak percaya tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya.Rasa macam baru je semalam aku menghirup udara bulan Ramadhan...

Dalam beberapa hari yang aku tertinggal nak update..macam-macam perkara yang berlaku...

Antaranya seperti pengalaman membeli baju anak untuk persiapan Hari Raya.Buat pertama kalinya aku dan suami aku membeli baju raya anak tanpa ditemani oleh orang tua kami.Suatu pengalaman baru yang bagi aku amat bermakna.Sebab aku sampai sekarang masih teringat betapa kecohnya mulut anak sulung aku, Yusoff suruh beli songkok la...samping la...baju melayu la...first time sarung baju raya untuk anak aku tu....aku terasa cepat betul dah anak aku membesar.Macam tak percaya jer dia dah umur 3 tahun.becok pulak tu masa pakaikan baju.tahun ni Famili aku tema warna merah...merah mak ngah...kui kui kui.....

Aku lagi terasa bila aku sarungkan baju kurung kat anak kedua aku, Ana.Ya, Allah...cepatnya masa berlalu...anak aku dah besar.aku teringat lagi masa aku sarungkan baju kurung kali pertama kat anak aku.comel jer baju dia.sekarang dah panjang sikit la baju dier...dah besarkan...

Tahun ni keluarga still tak decide nak balik kampung bila..tapi suami aku kata kitaorang balik lambat sikit dari abah kot....

Kali ni aku agak sayu skit...ye la.aku tak dapat nak beraya ngan famili belah aku.tahun ni kan aku kena beraya belah suami....Sedih....isk isk isk.

Raya kali ni aku tak tau la macamana mak mertua aku nak terima kedatangan sanak saudara.sebab rumah mak mertua aku tengah buat renovation.Habuk tak yah cerita la...sampai tak selesa langsung sebab kitaorang duduk kat rumah yang sama....

So, raya yang akan menjelang ni...aku harapkan dapat menggembirakan semua orang terutama diri aku sendiri.....yela...aku nak kutip duit raya bagi pihak anak aku.....kui kui kui...

Bersambung selepas Hari Raya......

Thursday, 3 September 2009

lamanya aku tak update...

Beberapa hari ni aku agak sibuk melaksanakan tugasan aku sehingga aku tak sempat nak update.actualy, a few interesting things happen dalam beberapa hari ni...aku tak sedar pulak hari ni dah sebelas hari puasa...sekejapnya ramadhan dah berlalu...

Dalam tempoh dari puasa ke 5 hingga puasa ke sebelas ni, macam-macam berlaku...yelah,dengan sambutan hari merdeka la..apa la...tapi aku rasa merdeka kali ni la paling tak meriah sekali.kalau tak tu,aku celik mata jer bukak tv dah ader cita pasal perarakan merdeka...tapi kali ni macam sunyi jer.rumah pun tak banyak yang pasang bendera.apa org kata?suam-suam kuku jer sambutan kali ni...maklum la...puasa...

Semalam aku tengok berita,cerita pasal hubungan indonesia dan malaysia yang semakin keruh.semua pasal tarian pandet tu..aku pun macam tak percaya benda macam tu pun boleh mencetuskan pergaduhan...fanatik betul la...kenapa la kita tak boleh bertolak ansur...rasa-rasa yang mana bersalah tu...minta maaf jer la...habis cita..

Semalam pun aku tgk berita pasal pesakit melayu hiv yang tinggal dekat gereja..aku rasa gembira dan bersyukur sangat sebab MAIS akhirnya amik tindakan mengalihkan mereka.aku sebenarnya pernah dapat email tu...rayuan oleh seorang ustaz untuk panjang perkara ini ke pihak MAIS.aku pun forward kepada sesiapa la yang patut and at last, semalam mereka telah dipindahkan.mungkin ramai yang dapat email tu...tu yang cepat pemindahan dilakukan...cuma aku harap bila dah pindah ni,kebajikan mereka ni dijaga dengan sebaiknya....sebab mereka pun manusia jugak...ada hati dan perasaan...

hari ni aku mendapat khabar mengenai permohonan cuti raya yang aku mohon.bos dah luluskan pun..seronok gak la...actually tahun ni aku balik sebelah suami aku.........

menyentuh tentang sambutan raya kali ni...aku ari tu sempat singgah ke PKNS shah alam.ya Allah...naik pening aku dibuatnya tgk baju macam-macam patent ader...berapa kali aku tawaf sebab aku tak boleh nak pilih yang mana satu.sudahnya aku pilih baju warna merah berlabuci...okla tak mahal sangat.cuma aku tak dapat nak beli tudung lagi tak...aku tak tahu tudung jenis mana yang sesuai....

Raya tahun ni di kampung suami...aku rasa mungkin kurang kemeriahannya..sebab atuk suami aku baru meninggal dalam 2 bulan lepas.aku bila balik kampung sana,aku suka borak dengan dengan atuk dia.tapi bila dia dah takder tahun ni...aku rasa sunyi plak....apa nak buat kan....yang meninggalkan kita...takkan kembali...redha jer la...


5 tip sebelum pulang ke kampung..

- jangan lupa bagitau kat jiran kita balik kampung
takut jiran ingat pencuri tu kita pulak.
-minta maaf kat jiran...
yela.korang kan selalu gaduh...
-pastikan kalau ader haiwan belaan,makan minum dia dah diberi secukupnya..
kang kalau tak nanti balik rumah dah tunggang langgang.
-jangan lupa tutup semua elektrik,air
kalau tak bersedia la nak terima bencana.
-last sekali jangan lupa kunci pintu dan jangan tinggal anak...
kang tak beraya la korang kalau benda ni tak buat...