BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 9 October 2009

preparation Sambutan Hari raya MPSJ 2009

Hari ni aku datang keje dengan membawa beg sebonjot.yela...aku tak balik rumah hari ni.aku kena bersiap kat opis jer...suami aku tak mau amik aku balik.aku kesian kat suami aku sebenarnya.ye la...sebab dia kena jaga anak aku sampai lewat mlm.program open house ni terpaksa gak la aku involve.dah banyak kali cengkelat keje mlm...kang bos aku marah lak...

Aku risau gak sebenarnya.yelah...macamana la suami aku nak jaga anak aku dua orang tu masa rumah tengah renovation.semoga Allah selamatkan anak aku...\

Tadi masa tengah semayang jumaat,aku sempat tengok preparation untuk hari raya.cantik...cuma aku tak sedap hati sebab cuaca tengah mendung.semendung hati aku yang tengah berbelah bagi ni....kesian anak aku nanti.malam ntah-ntah pun tak sempat jumpa...

apa-apa pun...tunggu je la malam karang...

SEMINAR PENGURUSAN ADUAN BPA-PICC

Ari tu...5-6 oktober yang lalu..aku telah disenaraikan untuk menghadiri seminar mengenai pengurusan aduan.actually aku terlupa langsung pasal seminar ni.so, pagi isnin tu, aku pakai la selebet jer....sampai kat opis,aku tgk semua pakai uniform.terkujat la aku.tapi aku dikecualikan sebab nak gi seminar...

bila dah kena pegi seminar,aku lagi la bertambah cuak.sebab aku rasa macam kerdil dan kekampungan sangat.sebab aku pakai baju kurung yang biasa jer,tak pakai kot ngan kasut buruk.segan siyot.sebab yang datang semua gaya korporat.jadi bila time rehat aku makan nyorok2 jer...tak bergaul pun....tapi semasa perasmian, Dato koh tSu koon sempat gak bersalaman ngan aku...aku ingat dia dah tak nak salam dah sebab dia dah terskip row aku.tapi dia patah balik.wah...kembang aku time tu...

So far,pengisian seminar amat menarik.especially yang memberi ceramahsemuanya ceo,level pengurusan syarikat.very interactive and very meaning ful.ader la bebenda baru yang aku boleh sampaikan kat management.tapi so far,pembaharuan yang dicadangkan kebanyakkannya MPSJ dah laksanakan pun..

Hari kedua aku tampil lebih yakin.yela...aku siap pakai kot lagi.kali ni tak la beku sangat macam semalam.aku pun boleh la bergaul ngan orang ramai.aku kenal ramai gak.kat seminar tu aku kenal la staf dari MP kangar.Peramah orangnya.Balkish,Aziah ngan Faiz.aku pun sempat kenal ngan s/u sabak bernam.very friendly.en. awal.

so far...seminar ni bagi aku berjaya gak la mencapai matlamatnya dan patut di teruskan di masa hadapan.
hari

Sambutan hari raya 2009

Lama betul rasanya aku tak update blog.dah nak dekat berapa minggu dah ni baru aku nak update.actually raya tahun ni aku balik kampung suami.belah perak kat teluk intan.

Actually, kitaorang balik raya pada waktu pagi adalah dalam kul 3pagi hari raya dan sampai pukul 5.45 pagi.elok2 je waktu subuh pagi raya tu.mengantuk jugak.tapi nak buat macamana kan.pagi tu anak aku ni lak macam tak nak tido jer.jadi aku siapkan la pepagi persiapan untuk mereka awal2.malas nak berebut bilik air.ramai gak yang balik kampung awal tahun ni.

aku agak sayu jugak la.sebab atuk sanusi dah meninggal tahun ni.aku dah takder teman borak dah bila balik kampung.sayu jer masa dengar takbir raya.terasa macam dia ader jer lagi.aku tambah sayu bila tgk kerusi malas yang selalu dia duduk.terbayang-bayang jer dia ader...isk-isk...

Raya kat perak ni tak le banyak sangat rumah yang kitaorg pegi.kali ni tak banyak jalan jauh pun.raya pertama kitorg tido kat rumah wak kassim.pakcik sumai aku kat felcra /felda? seberang perak. petang tu anak aku buat perangai lak...jadi suami aku bawak anak aku masuk keta masa senja.tima aku mandi la...lagi satu aku tak dapat lupa time petang tu bila baju raya anak2 aku ngan aku kena cat.cat hitam lak tu.aku ingatkan buaian tu dah kering cat dia...tension tul la.habis baju raya aku ngan anak aku yang cantik dah jadi x comel...

malam tu aku tengok anak aku yang sulung seronok betul dia main bunga api.nak tambah best org kampung kat situ pun main mercun macam yang kita selalu tengok time merdeka.seronok tu...anak aku ana lak duduk diam2 je la...kecik lagi tak reti main.

masuk raya ke dua....takder paer yang menarik pun.sibuk ngan persiapan untuk kenduri arwah . jadi tak ke mana la kan...tapi raya kedua ni adik ipar aku yang bermasalah boleh kacau anak aku yang tengah tdo.bengang tul la.aku nak tolong buat persiapan kenduri pun tak senang.sudahnya aku jaga anak aku jer...

Raya ke tiga...kenduri arwah dijalankan...jadi lepas dah habis tu..kitaorg pun balik la.....

Friday, 18 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

SEBELUM AKU BALIK NI...AKU NAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA...MAAF ZAHIR BATIN.AKU NAK BALIK DAH NI...BYE...

Wednesday, 16 September 2009

Pantasnya masa berlalu....

Aku macam tak percaya tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya.Rasa macam baru je semalam aku menghirup udara bulan Ramadhan...

Dalam beberapa hari yang aku tertinggal nak update..macam-macam perkara yang berlaku...

Antaranya seperti pengalaman membeli baju anak untuk persiapan Hari Raya.Buat pertama kalinya aku dan suami aku membeli baju raya anak tanpa ditemani oleh orang tua kami.Suatu pengalaman baru yang bagi aku amat bermakna.Sebab aku sampai sekarang masih teringat betapa kecohnya mulut anak sulung aku, Yusoff suruh beli songkok la...samping la...baju melayu la...first time sarung baju raya untuk anak aku tu....aku terasa cepat betul dah anak aku membesar.Macam tak percaya jer dia dah umur 3 tahun.becok pulak tu masa pakaikan baju.tahun ni Famili aku tema warna merah...merah mak ngah...kui kui kui.....

Aku lagi terasa bila aku sarungkan baju kurung kat anak kedua aku, Ana.Ya, Allah...cepatnya masa berlalu...anak aku dah besar.aku teringat lagi masa aku sarungkan baju kurung kali pertama kat anak aku.comel jer baju dia.sekarang dah panjang sikit la baju dier...dah besarkan...

Tahun ni keluarga still tak decide nak balik kampung bila..tapi suami aku kata kitaorang balik lambat sikit dari abah kot....

Kali ni aku agak sayu skit...ye la.aku tak dapat nak beraya ngan famili belah aku.tahun ni kan aku kena beraya belah suami....Sedih....isk isk isk.

Raya kali ni aku tak tau la macamana mak mertua aku nak terima kedatangan sanak saudara.sebab rumah mak mertua aku tengah buat renovation.Habuk tak yah cerita la...sampai tak selesa langsung sebab kitaorang duduk kat rumah yang sama....

So, raya yang akan menjelang ni...aku harapkan dapat menggembirakan semua orang terutama diri aku sendiri.....yela...aku nak kutip duit raya bagi pihak anak aku.....kui kui kui...

Bersambung selepas Hari Raya......

Thursday, 3 September 2009

lamanya aku tak update...

Beberapa hari ni aku agak sibuk melaksanakan tugasan aku sehingga aku tak sempat nak update.actualy, a few interesting things happen dalam beberapa hari ni...aku tak sedar pulak hari ni dah sebelas hari puasa...sekejapnya ramadhan dah berlalu...

Dalam tempoh dari puasa ke 5 hingga puasa ke sebelas ni, macam-macam berlaku...yelah,dengan sambutan hari merdeka la..apa la...tapi aku rasa merdeka kali ni la paling tak meriah sekali.kalau tak tu,aku celik mata jer bukak tv dah ader cita pasal perarakan merdeka...tapi kali ni macam sunyi jer.rumah pun tak banyak yang pasang bendera.apa org kata?suam-suam kuku jer sambutan kali ni...maklum la...puasa...

Semalam aku tengok berita,cerita pasal hubungan indonesia dan malaysia yang semakin keruh.semua pasal tarian pandet tu..aku pun macam tak percaya benda macam tu pun boleh mencetuskan pergaduhan...fanatik betul la...kenapa la kita tak boleh bertolak ansur...rasa-rasa yang mana bersalah tu...minta maaf jer la...habis cita..

Semalam pun aku tgk berita pasal pesakit melayu hiv yang tinggal dekat gereja..aku rasa gembira dan bersyukur sangat sebab MAIS akhirnya amik tindakan mengalihkan mereka.aku sebenarnya pernah dapat email tu...rayuan oleh seorang ustaz untuk panjang perkara ini ke pihak MAIS.aku pun forward kepada sesiapa la yang patut and at last, semalam mereka telah dipindahkan.mungkin ramai yang dapat email tu...tu yang cepat pemindahan dilakukan...cuma aku harap bila dah pindah ni,kebajikan mereka ni dijaga dengan sebaiknya....sebab mereka pun manusia jugak...ada hati dan perasaan...

hari ni aku mendapat khabar mengenai permohonan cuti raya yang aku mohon.bos dah luluskan pun..seronok gak la...actually tahun ni aku balik sebelah suami aku.........

menyentuh tentang sambutan raya kali ni...aku ari tu sempat singgah ke PKNS shah alam.ya Allah...naik pening aku dibuatnya tgk baju macam-macam patent ader...berapa kali aku tawaf sebab aku tak boleh nak pilih yang mana satu.sudahnya aku pilih baju warna merah berlabuci...okla tak mahal sangat.cuma aku tak dapat nak beli tudung lagi tak...aku tak tahu tudung jenis mana yang sesuai....

Raya tahun ni di kampung suami...aku rasa mungkin kurang kemeriahannya..sebab atuk suami aku baru meninggal dalam 2 bulan lepas.aku bila balik kampung sana,aku suka borak dengan dengan atuk dia.tapi bila dia dah takder tahun ni...aku rasa sunyi plak....apa nak buat kan....yang meninggalkan kita...takkan kembali...redha jer la...


5 tip sebelum pulang ke kampung..

- jangan lupa bagitau kat jiran kita balik kampung
takut jiran ingat pencuri tu kita pulak.
-minta maaf kat jiran...
yela.korang kan selalu gaduh...
-pastikan kalau ader haiwan belaan,makan minum dia dah diberi secukupnya..
kang kalau tak nanti balik rumah dah tunggang langgang.
-jangan lupa tutup semua elektrik,air
kalau tak bersedia la nak terima bencana.
-last sekali jangan lupa kunci pintu dan jangan tinggal anak...
kang tak beraya la korang kalau benda ni tak buat...

Thursday, 27 August 2009

PUASA INI...

Sambung cita puasa hari ke 4..

Puasa hari ni membuatkan aku rasa macam biasa jer...sebab aku kan kena keje...cuma bila masa rehat la aku dapat relax jap...actually aku kene la pergi mengaji...tapi aku ni cengkelat sikit...masuk lambat.aku buat la keje aku dulu..segan gak masuk lambat ni...sebab ustazah tu tgk aku semacam jer...tapi dia tak leh la nak komplen kan...walaupun aku lambat...aku baca takde la kene tegur sangat...petang bila balik...aku pergi beli pampers anak aku...pusing-pusing keliling taman...panas terik gak la...cuma time malam je la dapat hujan...sejuk sikit...bila sejuk-sejuk aku pun mula la tarik selimut awal....kui kui kui...

Puasa hari ke 5....

Semalam aku tak datang keje.kena jaga anak aku sebab mak takder.dia bawak zali pergi hospital ngan suami aku...aku ingatkan lama sangat..syukur gak la tak lama..

Tghari tu,aku masak la untuk anak aku...sibuk sangat si Yusoff suruh guna Pasti Sedap Knorr tu...actually aku pun tak tau sedap ke idak guna benda ni...tapi bila aku tgk dia makan macam sedap sangat membuatkan aku tertanya...betul ke sedap sangat?nasib baik la dia pun x abis kan semua nasi goreng yang aku buat tu.aku cuma letak telur ngan daging sikit je pun...so..bila waktu berbuka aku pun balun la nasi yang tinggal sikit tu...takder la best sangat pun...patut la anak aku ana x makan sangat...

Hari ini agak tension gak buat aku.laki aku bising pasal aku tak tolong mak masak.Anyway..aku bangun lambat petang tu...dengan anak-anak aku sekali la aku tidur...so, bila bangun..aku siapkan la diaorg mandi..tu yang turun lambat tu...tapi dia bising-bising.bengang tul aku...pastu petang tu aku pun buat muka toya la...

masa berbuka tu,kecik balik.dia bawak big apple donut...sedap la donut tu...aku suka.actually mak mertua ngan suami aku pun buat roti canai.tapi sebab dah kenyang..aku x leh masuk lagi la....

5 perkara yang kena buat sblm raya:

1. Puasa la...
2. Hantar kad raya..
3. Beli baju raya
4. Tempah tiket raya...
5. Balik kampung.....

Monday, 24 August 2009

Ramadhan ini....

Pejam celik, pejam celik...dah bulan puasa.macam tak percaya jer aku dapat jumpa balik bulan yang penuh keberkatan ni.Sememangnya aku rasa gembira berjumpa bulan yang mulia ini.Walaupun di waktu siang kena tahan lapar dahaga dan juga semua kena jaga...tapi tak kisah la...
Sebab malam adalah masa kita nikmati segala pengorbanan yang telah kita lakukan...

Hari ni dah masuk 3 Ramadhan1430 bersamaan dengan 24/08/2009. Setakat ni aku masih maintain lagi puasa...

First day puasa...
Aku seronok sangat sebab dapat berbuka dengan family aku.Maksud aku...family belah aku...aku cakap ngan suami aku,aku nak berbuka puasa ngan family aku...lagipun, tiap-tiap hari nanti aku akan berbuka puasa kat rumah mak dia gak...maklum la aku tinggal dengan mak mertua...dia tak kisah...so petang tu dia ngan anak-anak aku gi la rumah mak aku...sampai jer tgk rumah mak aku tutup.aku call mak..dia kata dia kuar jap gi bazar ramadhan...nasib la adik aku tinggal dekat ngan mak aku...aku call dia suruh buka rumah...kalu tak..masak aku kena marah ngan husband aku ...

Berbuka puasa kali ni, aku tgk ipar duai aku ni, masing-masing bawak makanan.sorang bawak ayam golek...sorang lagi bawak creme caramel,sedap woi...kenyang gak aku makan...

Tapi biasalah bila bawak anak masing-masing...gamat la rumah dengan hiruk pikuk bebudak. riuh rumah mak aku...dah la rumah flet ajer...

Hari kedua berpuasa...
Aku ader kat rumah mertua aku...nak ader kat mana lagi kalau tak kat situ sebab aku memang tinggal dengan dia...hari ni aku sempat la ke bazar ramadhan...habis..dah mak mertua aku kata dia x masak aper sgt sebab laksa dia semalam pun tak habis lagi..so, aku pun turun la ke bazar ramadhan...ramainyer la org...aku cuma nak beli kuih sampan, popia goreng, tembikai dan air tebu jer..tapi lama gak la aku kat bazar tu...macamana x lama...korang bayangkan je la..popia pun kena amik nombor..nasib baik aku mintak popia goreng...kalau nak tunggu yang basah..mau aku rasa lepas berbuka baru dapat...bygkan..masa aku sampai no. dah sampai no. 40...tempah tgh buat baru no 26..ayo...
Time buka puasa pun aku kena kacau ngan anak aku....tapi takpe la sebab anak aku kan...kalau org lain dah lama aku karate...nak makan pun tak senang.

Hari ketiga puasa...
aku dah start keje...jealous gak ngan husband sebab dia cuti seminggu...aku kene keje...tapi tak pe la...aku lepas dugaan nak kena suap anak makan...ye la..aku tgk nasi lapar tau...tapi nak buat macamana kan...bukannya boleh makan...

aku harap aku dapat la buat byk amalan bulan ni...dan bulan-bulan seterusnya..

5 perkara yang boleh jimat duit bila ke bazar ramadhan...

1. Cuba la kuar bawak anak ke, adik yang masih kecil...

ye la..kalau dia merengek jer mesti korang nak balik cepat..jadi tak sempat nak membazir...

2. Cuba elakkan bawak wallet ke sana...

korang bawak duit cukup-cukup jer benda yang korang nak beli...

3.Beli kat satu kedai yang famous dengan benda tu..

contoh: kalau kat situ ramai org beli...belia la kat situ...mesti mknan tu sedap.tak la membazir beli...

4.Jangan tertipu dengan poster yang besar dan banyak...

kadang-kadang tu sebab tak sedap dia kene la buat byk poster...nak tarik pelanggan...

5.Cuba la cari gerai yang menjaga kebersihan...

kang kalau terbeli yang dah kena lalat...sakit perut sapa yang nak jawab....



Tuesday, 11 August 2009

5 perkara...

Mulai daripada hari ni aku akan cuba untuk membuat cerita 5 perkara.untuk kali ini...aku cuba nak cerita 5 perkara yang patut dielakkan apabila dating.....

1. Jangan gelak kuat-kuat macam puntianak.
Kalaupun cita kat wayang tu kelakar macamana pun....cuba la control.
2.Kentut di khalayak ramai
Cuba la bayangkan perasaan org sekeliling bila dengar bom meletup...
3.Beli makanan untuk diri sendiri sahaja
Hello....mkn syok sendiri ker?jgn jadi mcm Mr Bean...
4.Pakai baju yang menyerlah sgt warna dia....
Tolong la jangan jadi mcm lampu trafik.
5.Berpada-pada la kalau nak berkasih syg pun....
Tak yah la sampai nak berpeluk sakan ngan cium2 molot depan
org...tak sesuai langsung..

Friday, 31 July 2009

KEHIDUPAN DAN KEMATIAN....

TARIKH: 31/07/2009

Hari ni aku terima 2 berita.satu berita suka dan satu berita duka.kedua-dua berita ni membuatkan aku terfikir betapa besarnya kuasa Allah.

Ceritanya macam ni....

Baru pagi tadi aku menerima berita gembira dari best friend aku...Ain namanya...pasal dia dapat baby boy...aku rasa gembira sebab dia selamat....

Petang ni pulak.....

aku terima berita yang cucu jiran kene langgar ngan lori...innalillah...berita itu membuatkan aku cukup risau pasal anak aku...actually anak-anak aku ni suka gak keluar.susah hati gak sebab depan rumah aku tu pun jalan kuar masuk taman...

Membuatkan aku terpikir....

Hidup ni macam roda kan...sebuah kelahiran akan dibalancekan dengan sebuah kematian....samada kita sedar ataupun tidak...putaran hidup macam tu la...

Kat sini aku cuma nak kata....
life has to go on...

Al-Fatihah untuk yang pergi....

BELAJAR MENGAJI BERSAMA USTAZ ZAMRI

Hari rabu yang lepas, aku dapat peluang belajar mengaji dengan ustaz zamri.seronok sangat.actually ianya sebagai persediaan untuk pertandingan tilawah.rock tetap rock la kan...tapi agama tak leh la letak tepi..sajer je nak masuk pertandingan.Ustaz mengajar sangat bagus.cuma kekadang tu aku tak la paham apa yang diajarnya...so far...pengalaman yang baru untuk aku...semoga aku berjaya...

Thursday, 30 July 2009

pertama kali derma darah

AKHIRNYA SETELAH 27 TAHUN AKU BERJAYA GAK MENDERMA DARAH.ITU PUN 3 KALI CHECK TEKANAN DARAH BARU AKU LEPAS.PENGALAMAN YANG BERMAKNA BUATKU.TAK SAKIT PUN ACTUALLY DERMA DARAH NI. SEKEJAP JER...JADI TAK PERLU GERUN LA NAK DERMA DARAH...KITA KENA LA MEMBANTU ORG...MANA TAU DARAH TU DAPAT MEMBANTU ORG YANG MEMERLUKAN..KALI NI KITA MENDERMA...MUNGKIN ESOK...ANDA LA PULAK DERMA.KITA KAN SALING MEMERLUKAN..

Monday, 27 July 2009

Pengendap, pencuri

Dalam minggu lepas...ader satu insiden yang mana akhirnya pengendap toilet wanita di tempat aku keje ni tertangkap.kadang-kadang aku terpikir,aper ke bendanya la yang diaorg ni sibuk nak mengendap kat toilet wanita ni...ader hasil ker?
Hari ni pulak...ader loker yang kene pecah.kesian kawan aku kehilangan dua handphone dier...pastu...petang ni ader bacaan yaasin..padan muka siapa yang ambil tu...

Friday, 24 July 2009

keluargaku yang bahagia
















Ni semua gambar keluarga aku yang aku ingin abadikan di blog ni...saje jer....buat kenangan.semoga satu hari nanti bila anak aku dah besar bole la tgk kembali kan...gambar diaorg time kecik..sekejap jer masa berlalu...sebenarnya banyak gambar diaorg aku amik...masa hari jadi...tapi semua dah terdelete...dapat handphone baru..transfer x betul...abis hilang gambar tu....sedih sangat..jadi kali ni aku nak abadikan la kat sini sebagai kenangan abadi...comelnya anak-anak mak...

Operasi bunting/iklan haram di bandar puteri,puchong

Tarikh: 24/07/2009(Jumaat)

Hari ni aku sibuk sgt dengan kerja aku.pepagi lagi aku dah kena call press samada media cetak ataupun media elektronik untuk operasi ni.aku skip la bacaan yaasin kali ni yang tak pernah aku skip selama ni.pada mulanya aku tak confidence berapa ramai yang akan datang.coz tepon semuanya tak berangkat.tepat pukul 10am...aku tgk ramai yang hadir..syukur alhamdulillah...aku rasa kali ni agak berjaya.sebab majoriti media cetak datang, tv pun buat coverage.contoh tv9,tv7 dan juga rtm pun ader.best sangat.lagipun...aku rasa berbaloi sbb banyak gak yang aku buat untuk operasi kali ni.pihak polis pun ader gak bagi kerjasama.Bagusla kan..at least selamat sikit..cuma tak bestnya makanan yang aku tempah untuk press diaorang tak mkn...masing-masing chaloh lepas habis...takpe la...aku makan la kan...

Thursday, 23 July 2009

KENANGAN DI SHAH BEACH RESORT,MELAKA


FIRST TIME AKU PERGI HARI KELUARGA KORPORAT DI MELAKA BERSAMA KELUARGA AKU...VIEW DIA CANTIK...TAPI X LEH MANDI LA PANTAI DIA...

DI BANJARAN TITIWANGSA











MASA NAK BALIK DARI KELANTAN TU..AKU LALUI BANJARAN TITIWANGSA...MASA KAT TGH BANJARAN TITIWANGSA TU...ADA RESTAURAN NAMA DIA AMIEZA TITIWANGSA KALAU TAK SILAP.SERONOK TGK PEMANDANGAN KAT SANA...SAYU JER..

SEPANJANG PILIHANRAYA MANEK URAI...
















MASA AKU PEGI KAT KELANTAN TU...DALAM MASA BERKEMPEN PILIHAN RAYA DI MANEK URAI...TGK JER LA GAMBAR KAT SITU...

SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN ADIK AKU
















KORANG TGK JE LA GAMBAR YANG AKU DOWN LOAD.YANG MERAH SEBELAH AKU, YANG MCM KELABU TU BELAH LELAKI DI KELANTAN...

Wednesday, 22 July 2009

MAJLIS PERNIKAHAN ADIK AKU































TARIKH: 27/06/2009

MAJLIS PERNIKAHAN ADIK AKU...CANTIK SUNGGUH MASJID TU AKU RASA MASA MENJEJAKKAN KAKI DEKAT MASJID KAWASAN MELAYU, PJ. AKU TAK PERNAH MASUK LAGI SEMENJAK MASJID NI DI RENOVATE.CANTIK LA...SUBHANALLAH...

AKU TAK TAU KENAPA..HATI AKU SAYU KETIKA LAFAZ NIKAH SELAMAT DILAFAZKAN...TERASA MACAM AKU KEHILANGAN SESUATU...AKU AKAN KEHILANGAN ADIK AKU....CEWAH... FEELING LA PULAK..ADIK AKU CANTIK ARI TU... MACAM AKU GAK LA...KUI-KUI KUI