BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 9 October 2009

preparation Sambutan Hari raya MPSJ 2009

Hari ni aku datang keje dengan membawa beg sebonjot.yela...aku tak balik rumah hari ni.aku kena bersiap kat opis jer...suami aku tak mau amik aku balik.aku kesian kat suami aku sebenarnya.ye la...sebab dia kena jaga anak aku sampai lewat mlm.program open house ni terpaksa gak la aku involve.dah banyak kali cengkelat keje mlm...kang bos aku marah lak...

Aku risau gak sebenarnya.yelah...macamana la suami aku nak jaga anak aku dua orang tu masa rumah tengah renovation.semoga Allah selamatkan anak aku...\

Tadi masa tengah semayang jumaat,aku sempat tengok preparation untuk hari raya.cantik...cuma aku tak sedap hati sebab cuaca tengah mendung.semendung hati aku yang tengah berbelah bagi ni....kesian anak aku nanti.malam ntah-ntah pun tak sempat jumpa...

apa-apa pun...tunggu je la malam karang...

SEMINAR PENGURUSAN ADUAN BPA-PICC

Ari tu...5-6 oktober yang lalu..aku telah disenaraikan untuk menghadiri seminar mengenai pengurusan aduan.actually aku terlupa langsung pasal seminar ni.so, pagi isnin tu, aku pakai la selebet jer....sampai kat opis,aku tgk semua pakai uniform.terkujat la aku.tapi aku dikecualikan sebab nak gi seminar...

bila dah kena pegi seminar,aku lagi la bertambah cuak.sebab aku rasa macam kerdil dan kekampungan sangat.sebab aku pakai baju kurung yang biasa jer,tak pakai kot ngan kasut buruk.segan siyot.sebab yang datang semua gaya korporat.jadi bila time rehat aku makan nyorok2 jer...tak bergaul pun....tapi semasa perasmian, Dato koh tSu koon sempat gak bersalaman ngan aku...aku ingat dia dah tak nak salam dah sebab dia dah terskip row aku.tapi dia patah balik.wah...kembang aku time tu...

So far,pengisian seminar amat menarik.especially yang memberi ceramahsemuanya ceo,level pengurusan syarikat.very interactive and very meaning ful.ader la bebenda baru yang aku boleh sampaikan kat management.tapi so far,pembaharuan yang dicadangkan kebanyakkannya MPSJ dah laksanakan pun..

Hari kedua aku tampil lebih yakin.yela...aku siap pakai kot lagi.kali ni tak la beku sangat macam semalam.aku pun boleh la bergaul ngan orang ramai.aku kenal ramai gak.kat seminar tu aku kenal la staf dari MP kangar.Peramah orangnya.Balkish,Aziah ngan Faiz.aku pun sempat kenal ngan s/u sabak bernam.very friendly.en. awal.

so far...seminar ni bagi aku berjaya gak la mencapai matlamatnya dan patut di teruskan di masa hadapan.
hari

Sambutan hari raya 2009

Lama betul rasanya aku tak update blog.dah nak dekat berapa minggu dah ni baru aku nak update.actually raya tahun ni aku balik kampung suami.belah perak kat teluk intan.

Actually, kitaorang balik raya pada waktu pagi adalah dalam kul 3pagi hari raya dan sampai pukul 5.45 pagi.elok2 je waktu subuh pagi raya tu.mengantuk jugak.tapi nak buat macamana kan.pagi tu anak aku ni lak macam tak nak tido jer.jadi aku siapkan la pepagi persiapan untuk mereka awal2.malas nak berebut bilik air.ramai gak yang balik kampung awal tahun ni.

aku agak sayu jugak la.sebab atuk sanusi dah meninggal tahun ni.aku dah takder teman borak dah bila balik kampung.sayu jer masa dengar takbir raya.terasa macam dia ader jer lagi.aku tambah sayu bila tgk kerusi malas yang selalu dia duduk.terbayang-bayang jer dia ader...isk-isk...

Raya kat perak ni tak le banyak sangat rumah yang kitaorg pegi.kali ni tak banyak jalan jauh pun.raya pertama kitorg tido kat rumah wak kassim.pakcik sumai aku kat felcra /felda? seberang perak. petang tu anak aku buat perangai lak...jadi suami aku bawak anak aku masuk keta masa senja.tima aku mandi la...lagi satu aku tak dapat lupa time petang tu bila baju raya anak2 aku ngan aku kena cat.cat hitam lak tu.aku ingatkan buaian tu dah kering cat dia...tension tul la.habis baju raya aku ngan anak aku yang cantik dah jadi x comel...

malam tu aku tengok anak aku yang sulung seronok betul dia main bunga api.nak tambah best org kampung kat situ pun main mercun macam yang kita selalu tengok time merdeka.seronok tu...anak aku ana lak duduk diam2 je la...kecik lagi tak reti main.

masuk raya ke dua....takder paer yang menarik pun.sibuk ngan persiapan untuk kenduri arwah . jadi tak ke mana la kan...tapi raya kedua ni adik ipar aku yang bermasalah boleh kacau anak aku yang tengah tdo.bengang tul la.aku nak tolong buat persiapan kenduri pun tak senang.sudahnya aku jaga anak aku jer...

Raya ke tiga...kenduri arwah dijalankan...jadi lepas dah habis tu..kitaorg pun balik la.....