Bila ku kenang..
Rasa macam baru je aku menghirup udara ramadhan yang lalu..
Aku bersyukur pada Allah...
Kerana masih mengizinkan aku untuk mengecap nikmat ramadan pada kali ini...
walaupun hari ini merupakan permulaan bulan puasa..
tapi aku rasa berbeza sangat..
Tahun ni aku menyaksikan promosi raya mendahului puasa..
membuatkan aku tertanya-tanya..
apa mereka tak menghargai kedatangan bulan ramadan ke?
Aku tak tau kenapa...
Hati aku ni terasa kosong hari ni...
macam sunyi je jiwa ni...
hingar bingar di sekeliling aku...
tapi aku seakan berada di dunia sendiri..
Jiwa aku ni macam rindukan sesuatu....
tapi aku tak tau apa...
Pagi ni buat pertama kalinya aku suapkan anak aku untuk sahur..
kesian dia terpisat2 mata dia nak sahur...
dan sehingga aku taip ni suami aku kata dia masih lagi berpuasa..
hebat la anak bujang aku tu...walaupun baru 5 tahun tapi masih bertahan untuk berpuasa...
aku bangga sangat...
aku tak kisah pun kalau dia nak puasa setengah hari pun..
tapi tu la...aku harap dia bertahan..
masa berbuka nanti aku nak berbuka ngan famili aku..
mesti cik abang aku makan hati dengan aku..
tapi nak buat macamana kan..
lagipun ni la kali terakhir aku berbuka kat rumah flat tu...
sebab abah dah nak pencen tahun ni...
banyak tul nostalgia bila ingat2 balik..
biar la cik marah..pandai la aku nak pujuk dia nanti...
Monday, 1 August 2011
Ramadhan datang kembali
Dicatat oleh SABRINA di 8/01/2011 02:04:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 ulasan:
Post a Comment